Los Angeles : Bintang Hollywood, Scarlett Johansson bukan nama asing dalam genre filem adiwira begitupun, dia mengakui wataknya dalam filem The Batman: Part II memberi cabaran tersendiri sehingga sukar mendalami karakter berkenaan.

Menurutnya, watak yang masih dirahsiakan itu memaksanya keluar daripada zon selesa, malah mencetuskan keresahan emosi tidak dijangka.

Berkongsi perkara itu dalam temu bual bersama Entertainment Tonight sempena promosi filem terbaharunya, Paper Tiger, Scarlett mengakui dia mengambil masa untuk memahami karakter berkenaan.

"Ia sangat sukar untuk saya fahami. Saya sendiri tidak tahu mengapa, sama ada disebabkan watak itu atau fasa kehidupan yang sedang saya lalui ketika ini.