Kuala Lumpur : Mengangkat tema dendam, pengkhianatan serta amalan ilmu hitam sebagai tunjang penceritaan, filem seram dari Thailand, Confessions of a Shaman membawa naratif mendalam bahawa manusia sebenarnya jauh lebih menakutkan berbanding makhluk ghaib.
Pengarahnya, Nathanon Cholumpi berkata, naskhah berdurasi 126 minit itu bukan sekadar pertarungan klise antara manusia dan hantu, sebaliknya menyelami sisi gelap emosi penderitaan yang mendorong seseorang memilih jalan kemusnahan.
"Pada saya, hantu dalam filem ini bukan watak jahat kerana kebanyakannya pernah menjadi mangsa ketidakadilan.
"Perkara benar-benar menakutkan ialah manusia yang sanggup menyakiti orang lain serta dendam yang mampu mengubah seseorang secara keseluruhannya," katanya.








