KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da'i Syed daripada pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, namun memutuskan untuk memfailkan permohonan semakan selepas meneliti alasan penghakiman panel hakim berkenaan.
"Selepas meneliti alasan penghakiman oleh panel Hakim Mahkamah Rayuan, pendakwa raya memutuskan satu permohonan semakan akan difailkan di bawah Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 [P.U. (A)524/1994] (Rules of the Court of Appeal 1994).
"Permohonan semakan ini akan berlandaskan prinsip-prinsip perundangan serta kriteria dan ambang ditetapkan bagi pelaksanaan bidang kuasa semakan Mahkamah Rayuan.








