PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful daripada pertuduhan rogol.
AGC dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak Pendakwa Raya meneliti alasan penghakiman panel hakim Mahkamah Rayuan berhubung keputusan yang diputuskan hari ini.
Menurutnya, permohonan semakan berkenaan akan difailkan mengikut Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.
“Jabatan Peguam Negara mengambil maklum dan menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 5 November 2026 menerusi keputusan majoriti yang telah melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.








