MELAKA: Perkembangan di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan penolakan terhadap politik perkauman dan penindasan agama wajar dijadikan pengajaran dalam membina masyarakat yang menghormati kepelbagaian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pemilihan Abdul El-Sayed sebagai anggota senat AS pertama beragama Islam adalah perkembangan penting yang menyaksikan keterbukaan politik terhadap kepelbagaian kaum dan agama.

Anwar berkata situasi itu memberi gambaran bahawa politik tidak seharusnya berasaskan sentimen perkauman sebaliknya memberi ruang kepada semua golongan untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi.

“Mereka faham demokrasi, benci dengan fahaman perkauman… yang kalahkan (Parti Republikan pimpinan) Presiden Donald Trump ini adalah kelompok yang benci dengan fahaman perkauman… mereka ini bawa kempen benci kepada perkauman, benci kepada penindasan agama dan bawa mesej baharu.