KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2026 – Dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) fizikal bukan penghalang buat Muhammad Sidek Osman, 28, untuk terus berdikari dan mencari rezeki melalui usaha sendiri.
Anak jati Kuala Lumpur itu kini mengusahakan perniagaan mencuci motosikal di Kampung Padang Balang, Sentul, yang beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Sebelum menceburi bidang perniagaan berkenaan, beliau pernah bekerja sebagai penghantar makanan selain mengusahakan bengkel motosikal. Pengalaman tersebut menjadi bekalan berharga dalam membina kemahiran serta mengukuhkan semangatnya untuk terus berdikari.








