Kuala Lumpur: Jenayah siber dan penipuan dalam talian kini tidak lagi terbatas oleh sempadan geografi apabila sindiket menggunakan infrastruktur digital, teknologi kecerdasan buatan (AI) serta penyamaran identiti untuk menyasarkan mangsa di Malaysia.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap penjenayah siber yang beroperasi dari luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, peruntukan berkenaan terpakai sekiranya kesalahan membabitkan sistem di Malaysia atau mangsanya ialah warganegara Malaysia.
"Justeru, peruntukan bidang kuasa rentas sempadan ini memberikan asas perundangan yang lebih jelas bagi membolehkan tindakan siasatan dan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap pelaku yang berada di luar negara.









