WASHINGTON – Nama bayi klasik kembali menjadi pilihan ibu bapa di Amerika Syarikat (AS) apabila Evelyn, Eliana dan Elias berjaya menduduki senarai 10 nama bayi paling popular pada tahun ini, lapor saluran berita Mirror UK.

Menurut platform keibubapaan BabyCentre, Evelyn menduduki tangga kesembilan bagi kategori bayi perempuan, manakala Eliana berada di kedudukan kedua.

Evelyn yang sebelum ini lebih dikenali sebagai nama lelaki dan nama keluarga kini semakin popular sebagai nama bayi perempuan.

Bagi kategori bayi lelaki, Elias memasuki senarai 10 teratas buat kali pertama dengan menduduki tangga ketujuh, manakala nama Elijah berada di kedudukan keempat.