Sebuah Perodua Axia berwarna oren berjaya melepaskan diri daripada dikejar kereta peronda polis dalam kejadian di Jalan Usahawan 6, di sini, awal pagi tadi.
Key takeaways
Perodua Axia berwarna oren melarikan diri selepas dikejar polis di Jalan Usahawan 6, Kuala Lumpur, pada pukul 2 pagi. Kejar-mengejar berlangsung melalui PPR Air Panas, Jalan Santuari Utama, Jalan Ayer Keroh, dan Jalan Tun Razak.
- Kenderaan berwarna oren melarikan diri selepas dikejar polis pada pukul 2 pagi.
- Kejar-mengejar berlangsung melalui beberapa jalan termasuk PPR Air Panas dan Jalan Tun Razak.
- Akhirnya, Axia berjaya melepaskan diri daripada pihak polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR – Sebuah Perodua Axia berwarna oren berjaya melepaskan diri daripada dikejar kereta peronda polis dalam kejadian di Jalan Usahawan 6, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Anas Sulaiman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika anggota kereta peronda dari Balai Polis Setapak sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.
Menurutnya, anggota polis mengesan sebuah Perodua Axia dalam keadaan mencurigakan dengan enjin masih hidup sebelum cuba menjalankan pemeriksaan.
“Bagaimanapun, semasa pemeriksaan hendak dijalankan, pemandu kenderaan tersebut telah melarikan diri dan berlaku aksi kejar-mengejar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.