KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan melanggar beberapa kenderaan lain sepanjang cubaan meloloskan diri selepas dikejar polis dari Sri Petaling ke Cyberjaya semalam.

Suspek berusia 41 tahun yang memandu van Nissan Vanette, mulanya dikesan menggunakan telefon bimbit ketika memandu di sepanjang Jalan Merah Silu, Sri Petaling, kira-kira jam 1.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata kejadian berlaku apabila dua anggota melakukan rondaan rutin menggunakan kenderaan peronda polis (MPV), cuba menghentikan van itu.

"Pemandu yang enggan mematuhi arahan untuk berhenti, sebaliknya membuat pusingan U dan memecut laju, menyebabkan anggota polis bertindak mengejarnya.