KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan positif dadah ditahan selepas dikejar polis dari Sri Petaling ke Cyberjaya, hingga melanggar beberapa kenderaan.Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 41 tahun mulanya dikesan menggunakan telefon bimbit ketika memandu di sepanjang Jalan Merah Silu, Sri Petaling, pada 1.20 tengah hari Sabtu."Dua anggota melakukan rondaan rutin menggunakan kenderaan peronda polis (MPV), cuba menghentikan van Nissan Vanette dipandu suspek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Chang Hook berkata, pemandu van itu enggan mematuhi arahan untuk berhenti, sebaliknya membuat pusingan U dan memecut laju, menyebabkan anggota polis bertindak mengejarnya."Ia berlanjutan dari Sri Petaling menuju ke Lebuhraya Maju Expressway (MEX). sebelum suspek berjaya dipintas di sepanjang Persiaran APEC di Cyberjaya," katanya.Beliau berkata, suspek turut melanggar beberapa kenderaan lain dan pemilik kenderaan terjejas dijangka membuat laporan polis berasingan dengan polis trafik berhubung pelanggaran itu.Sebelum ini, beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah van dikejar kenderaan polis dengan lampu kecemasan dinyalakan termasuk dalam keadaan kesesakan lalu lintas.Satu lagi klip video dipercayai dipetik daripada rakaman litar tertutup (CCTV), menunjukkan sebuah van berwarna perak melalui sebuah plaza tol.Chang Hook berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan suspek tidak menemui barang terlarang, bagaimanapun ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine."Semakan juga mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik dan polis menyita kenderaan dipandu suspek untuk siasatan lanjut," katanya.Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan pemilik berdaftar kenderaan itu bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.
Penghantar makanan lari pemeriksaan polis, positif methamphetamine

Key takeaways
Seorang penghantar makanan ditahan selepas melarikan diri daripada polis dan positif dadah.
- Pemandu van enggan berhenti apabila dikesan menggunakan telefon semasa memandu.
- Polis mengejar van itu dari Sri Petaling ke Cyberjaya dan berjaya memintasnya.
- Van itu melanggar beberapa kenderaan dan pemiliknya akan membuat laporan polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Penghantar makanan lari pemeriksaan polis, positif methamphetamine (this story)








