Polis mengejar suspek melalui Lebuhraya Maju sebelum berjaya memintasnya di sepanjang Persiaran APEC, Cyberjaya.PETALING JAYA: Seorang penghantar makanan ditahan polis selepas melanggar beberapa kenderaan lain ketika cuba meloloskan diri daripada dikejar polis dari Sri Petaling ke Cyberjaya semalam.

Ketua Polis Brickfields, Hoo Chang Hook, berkata suspek berusia 41 tahun yang memandu van Nissan Vanette itu pada mulanya dikesan menggunakan telefon bimbit ketika memandu di Sri Petaling, kira-kira 1.20 petang.

Katanya, dia yang enggan mematuhi arahan berhenti sebaliknya membuat pusingan U dan memecut laju, menyebabkan anggota polis bertindak mengejarnya.

"Suspek dikejar dari Sri Petaling menuju ke Lebuhraya Maju (MEX) sebelum berjaya dipintas di sepanjang Persiaran APEC di Cyberjaya.