Kuala Lumpur: Seiring populariti video pendek dan media sosial hari ini, merakam video menggunakan telefon pintar bukan lagi sekadar hobi. Pengguna kini mahukan rakaman yang bukan sahaja jelas, malah penawaran ciri 'sinematik' seakan filem profesional.
Peralihan cahaya dan bayang yang semula jadi, perincian di kawasan gelap yang tajam serta warna kulit realistik walau bagaimanapun sebelum ini menuntut kos yang tinggi serta penggunaan kamera sinema profesional.
Kini, landskap pengimejan mudah alih berubah dengan kemunculan HONOR Magic9 Pro Max hasil kerjasama mercu tanda bersama jenama kamera sinema terkemuka dari Jerman, ARRI.
Bagi pembikin filem profesional, nama ARRI sememangnya tidak asing lagi. Ditubuhkan pada tahun 1917 di Munich, Jerman, syarikat ini merupakan nadi di sebalik penghasilan filem-filem pemenang Oscar seperti Parasite, Dune dan Everything Everywhere All at Once.






