Kulim: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keselamatan siber susulan perkembangan konflik antarabangsa membabitkan Iran dan Amerika Syarikat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata perkembangan situasi keselamatan antarabangsa yang tidak menentu memerlukan pihak berkuasa memberi perhatian lebih terhadap kemungkinan ancaman siber.
Beliau berkata langkah persediaan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Memang kita mendapat maklumat dari luar negara berhubung ancaman siber yang berlaku susulan keadaan tidak menentu akibat peperangan antara Iran dan Amerika Syarikat.






