Jasin: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan pantun setiap kali turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ke mana sahaja beliau pergi, pasti ada pantun yang diselitkan, sekali gus mencuit hati pendengar dan membangkitkan semangat jentera parti.

Ketika berkempen di Kampung Seri Mendapat, Ahmad yang mesra dikenali sebagai Tok Mat sekali lagi mencuri perhatian apabila menyampaikan pantun mengenai ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih rakyat.

"Jika mencari tempat mandi, pertama teluk, kedua pantai; jika mencari pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai."