PUTRAJAYA: Ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Shukor Adan menuntut barisan pemainnya supaya tidak gentar untuk berdepan Palestin dalam aksi pertama kempen Kelayakan Piala Asia B-17 tahun, Ahad ini.

Bekas pertahanan kebangsaan itu mengakui pasukan Palestin memiliki kelebihan dari aspek fizikal dan ia menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi pemain negara di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur nanti.

Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa pasukannya juga memiliki kelebihan apabila akan beraksi dihalaman sendiri dengan kemenangan menjadi sasaran utama bagi aksi pertama Kumpulan E.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar. Sekali pun ada 'cacat' (kelemahan), sekarang kita masih ada tiga hari lagi persiapan sebelum menentang Palestin.