PUTRAJAYA - Persiapan bagi kemasukan murid tahun satu berusia enam tahun pada sesi persekolahan 2027 di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia melaksanakan dan telah menerima lebih 73,000 permohonan bagi kemasukan mereka."Kita (KPM) telah bersedia dari tahun lepas lagi. Kita telah buka pendaftaran dan buat masa sekarang, lebih kurang 73,000 yang memohon umur enam tahun nak masuk tahun satu," katanya.Beliau berkata kepada pemberita pada majlis perasmian penutupan Kejohanan Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di sini pada Khamis.Mohd Azam berkata, berdasarkan data pendaftaran, KPM telah mengenal pasti negeri, daerah dan kawasan yang mencatatkan permohonan tertinggi bagi membolehkan keperluan bilik darjah tambahan serta kapasiti sekolah dinilai lebih awal.Beliau berkata, KPM turut mengenal pasti lebih 5,000 murid berusia enam tahun yang akan ditempatkan di sekolah sama dengan abang atau kakak mereka bagi memudahkan penyesuaian emosi serta mengurangkan kebimbangan ibu bapa."Misal kata dia (murid tahun satu enam tahun) perlu sokongan dari segi emosi, abang atau kakaknya (ada untuk membantu)," katanya.Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sebahagian besar projek infrastruktur bagi menyokong kemasukan murid tahun satu berusia enam tahun pada sesi persekolahan 2027 disiapkan lebih awal dari dijadual.Beliau dilaporkan berkata, KPM giat membuat persiapan bagi Kurikulum Persekolahan 2027 yang akan dilaksanakan dengan melibatkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.Persediaan bagi kemasukan awal murid tahun satu turut dilaksanakan di semua peringkat, selaras dengan usaha reformasi pendidikan negara berpandukan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035. - Bernama
KPM terima lebih 73,000 permohonan kemasukan murid enam tahun bagi Tahun Satu 2027 - Mohd Azam

Key takeaways
KPM menerima lebih 73,000 permohonan kemasukan murid enam tahun untuk Tahun Satu 2027.
- KPM bersedia melaksanakan kemasukan murid tahun satu berusia enam tahun.
- Lebih 5,000 murid akan ditempatkan di sekolah yang sama dengan abang atau kakak mereka.
- Data pendaftaran digunakan untuk menilai keperluan bilik darjah dan kapasiti sekolah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today KPM tambah baik Polisi Perlindungan Murid Sekolah
- Sinar Harian KPM terima lebih 73,000 permohonan kemasukan murid enam tahun bagi Tahun Satu 2027 - Mohd Azam (this story)









