Keutamaan KPM adalah memastikan setiap warga pendidikan memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyediakan persekitaran sekolah yang selamat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menambah baik Polisi Perlindungan Murid agar pelaksanaannya praktikal tanpa menjejaskan matlamat melindungi keselamatan dan kesejahteraan murid.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek juga berkata sebarang isu atau kebimbangan yang dibangkitkan oleh guru berhubung pelaksanaan polisi itu akan diteliti serta ditangani menerusi saluran pentadbiran yang bersesuaian.
"KPM sedang meneliti dan menambah baik aspek pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah tersebut, termasuk dokumen komitmen yang berkaitan dengan mengambil kira maklum balas daripada pihak pelaksana polisi dan pihak berkepentingan," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.








