Kuala Lumpur: Aksi polis mengejar Perodua Axia yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Setapak, awal pagi tadi, tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman, berkata kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku ketika anggota kereta peronda Balai Polis Setapak menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Usahawan 6.
Katanya, anggota polis mengesan sebuah Perodua Axia berwarna jingga dalam keadaan mencurigakan dengan enjin masih hidup.
"Semasa pemeriksaan hendak dijalankan, pemandu kenderaan itu melarikan diri dan berlaku aksi polis mengejar kereta berkenaan melalui kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Jalan Santuari Utama dan Jalan Ayer Keroh.








