SHAH ALAM - Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan kerana disyaki menyeleweng wang kutipan hasil bayaran proses pelan bangunan berjumlah kira-kira RM63,000.Wanita berusia berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di sini kira-kira jam 10.30 pagi, Khamis.Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 hingga 2023.Pegawai wanita itu dikatakan mengeluarkan resit disyaki palsu sedangkan wang kutipan tersebut tidak dimasukkan ke dalam Akaun Hasil PBT tempatnya berkhidmat.Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," ujarnya.
Pegawai PBT ditahan kes seleweng hasil kutipan kira-kira RM63,000

Key takeaways
Pegawai PBT wanita berusia 40-an ditahan kerana menyeleweng kira‑kira RM63,000 hasil kutipan bayaran proses pelan bangunan. Suspek didakwa mencipta resit palsu dan tidak menyimpan wang ke akaun PBT.
- Pegawai ditahan pada jam 10.30 pagi Khamis di Pejabat SPRM Selangor.
- Siasatan menunjukkan perbuatan berlaku 2022‑2023.
- Wang kutipan tidak dimasukkan ke akaun PBT.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Seleweng wang kutipan RM63,000, pegawai PBT ditahan
- Sinar Harian Pegawai PBT ditahan kes seleweng hasil kutipan kira-kira RM63,000 (this story)








