PETALING JAYA - Gabungan Parti Sarawak (GPS) setakat ini belum memutuskan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.Pengerusi GRS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Premier Sarawak berkata, perkara itu belum dimuktamadkan kerana hari penamaan calon dan pengundian belum ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Kita tak tahu bila penamaan calon, jadi belum putuslah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini pada Khamis.Semalam, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, GPS memberi mandat penuh kepada Abang Johari untuk menentukan calon gabungan itu pada PRN berkenaan.SPR akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan tarikh-tarikh penting dan perkara berkaitan PRN itu susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 26 Oktober lepas.GPS dianggotai empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). - Bernama
PRN Sarawak: GPS belum putuskan senarai calon bertanding - Abang Johari

Key takeaways
Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum menetapkan senarai calon PRN Sarawak ke-13 kerana tarikh penamaan calon belum ditetapkan oleh SPR. Abang Johari diberi mandat penuh untuk menentukan calon.
- GPS belum memutuskan senarai calon PRN Sarawak ke-13.
- Tarikh penamaan calon dan pengundian belum ditetapkan oleh SPR.
- Abang Johari diberi mandat penuh oleh GPS untuk menentukan calon.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PRN Sarawak peluang rakyat nilai pencapaian GPS
- Free Malaysia Today GPS tanding semua 82 kerusi PRN Sarawak
- Free Malaysia Today Tiada senarai menteri, wakil rakyat digugurkan pada PRN Sarawak, kata GPS
- Sinar Harian PRN Sarawak: GPS belum putuskan senarai calon bertanding - Abang Johari (this story)








