NIBONG TEBAL - Yayasan Didik Negara (YDN) memperluas akses masyarakat setempat kepada peluang pendidikan dan bantuan kebajikan menerusi Program Santuni Madani, sekali gus merapatkan hubungan antara agensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dengan komuniti.Ketua Pegawai Eksekutif YDN, Mohd Nasrul Khairi berkata, inisiatif itu bertujuan mendekatkan perkhidmatan, maklumat dan peluang pendidikan kepada masyarakat, selain memastikan komuniti setempat mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan agensi kerajaan serta rakan strategik.Beliau berkata, pelaksanaan program itu merupakan sebahagian daripada mandat KPM yang diperluas kepada enam agensi di bawah kluster Madani Pendidikan, termasuk YDN, bagi mendekati komuniti dan memperkenalkan pelbagai inisiatif pendidikan kepada penduduk sekitar sekolah."Perancangan kita memang satu program khusus Santuni Madani YDN setiap tahun. Bagaimanapun, bagi program lain untuk mendekati komuniti, kita turut melaksanakannya bersama KPM," katanya.Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Program Santuni Madani oleh YDN di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Simpang Ampat di sini pada Khamis.Program itu turut menampilkan pelbagai aktiviti antaranya ceramah kepada pelajar, pameran pendidikan dan Jualan Rahmah Madani hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), yang menawarkan barangan pada harga lebih murah berbanding pasaran.Mohd Nasrul berkata, program itu turut memberi penekanan kepada aspek kebajikan menerusi aktiviti ziarah komuniti apabila 10 keluarga yang tinggal berhampiran kawasan sekolah tersebut dikunjungi dan menerima sumbangan berbentuk pek makanan serta wang tunai.Beliau berkata, sumbangan dengan kerjasama rakan strategik YDN itu bertujuan membantu keluarga yang memerlukan, di samping mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dengan masyarakat setempat.Sementara itu, beliau berkata penglibatan rakan strategik pendidikan turut memberi pendedahan kepada pelajar, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mengenai peluang melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan."Antaranya King's University College yang menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian dan peluang pekerjaan, manakala Saito University College turut bekerjasama dengan YDN untuk menawarkan program sijil dan diploma profesional kepada lepasan SPM sebagai alternatif melanjutkan pengajian selain di universiti awam," katanya.Beliau berkata, pendedahan seumpama itu penting bagi memastikan pelajar mendapat maklumat mengenai laluan pendidikan dan peluang pembangunan kerjaya yang tersedia selepas menamatkan persekolahan. - Bernama
YDN perluas akses pendidikan, kebajikan komuniti menerusi Program Santuni Madani

Key takeaways
Yayasan Didik Negara memperluas akses pendidikan dan bantuan kebajikan masyarakat setempat melalui Program Santuni Madani di Nibong Tebal. Inisiatif ini bertujuan mendekatkan perkhidmatan agensi Kementerian Pendidikan dengan komuniti sekitar sekolah.
- Program dirasmikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Simpang Ampat pada Khamis.
- Sepuluh keluarga berhampiran sekolah menerima sumbangan pek makanan dan wang tunai.
- Jualan Rahmah Madani menawarkan barangan pada harga lebih murah berbanding pasaran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Helo Doktor Tour perluas akses maklumat kesihatan
- Utusan Malaysia IPTS, NGO jalin Kerjasama perluas akses TVET
- Sinar Harian YDN perluas akses pendidikan, kebajikan komuniti menerusi Program Santuni Madani (this story)








