ALOR GAJAH: Syarikat semikonduktor Infineon memerlukan kira-kira 3,000 tenaga kerja di Kedah, termasuk jurutera dan pekerja separa profesional yang mempunyai kemahiran tambahan dalam teknologi baharu serta kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dimaklumkan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan pengurusan syarikat berkenaan.
Beliau berkata keperluan industri itu bukan hanya tertumpu kepada jurutera, sebaliknya turut membabitkan tenaga kerja yang mempunyai latihan dalam bidang kejuruteraan dan disiplin berkaitan serta kemahiran tambahan dalam bidang baharu.
"Bila saya jumpa pimpinan Infineon, dia memerlukan segera 3,000 jurutera atau separa, bukan semestinya jurutera, anak-anak dilatih dalam bidang kejuruteraan dan disiplin tetapi punyai kemahiran tambahan termasuk dari beberapa disiplin baru dan kecerdasan buatan.









