SEREMBAN – Saringan urin yang dijalankan terhadap pelajar sekolah menengah yang tular dipercayai berada dalam keadaan khayal di sebuah sekolah di Nilai dikesan positif tiga jenis dadah.
Pelajar terbabit didapati positif ketamin, benzodiazepin (benzo) dan tetrahydrocannabinol (THC) selepas ujian saringan awal dijalankan pada 28 Oktober lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mengesan penularan video memaparkan pelajar berkenaan di media sosial Threads pada 4 November lalu sebelum siasatan dijalankan terhadap pelajar terbabit.
“Bagaimanapun, keputusan ujian saringan awal urin berkenaan masih tertakluk kepada pengesahan lanjut.









