NILAI - Tular video memaparkan seorang pelajar lelaki yang didakwa dalam keadaan khayal ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di daerah ini.Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna di platform Threads, pelajar berkenaan dilihat berdiri dalam keadaan membongkok dengan kepala tertunduk berhampiran sebuah meja.Keadaan posisinya yang tidak stabil turut menarik perhatian beberapa pelajar lain yang berada di dalam kelas.Hantaran tersebut disertakan keterangan, 'teruk budak SPM sekarang, dalam kelas pun nak piu-piu' yang dipercayai merujuk kepada tingkah laku pelajar terbabit.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya terkejut dengan kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah.Malah, ada juga yang mempersoalkan tindakan individu terbabit berkongsi video itu kerana ia memaparkan wajah pelajar yang dipercayai masih di bawah umur.Bagaimanapun, identiti pelajar dan kesahihan lokasi rakaman itu masih belum dapat dipastikan.Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Pelajar SPM 'lalok' dalam kelas?

Key takeaways
Seorang pelajar lelaki didakwa dalam keadaan khayal di dalam kelas, menarik perhatian rakan-rakan dan warganet.
- Video menunjukkan pelajar berdiri membongkok dan tidak stabil di dalam kelas.
- Warganet terkejut dengan tingkah laku pelajar tersebut dalam kawasan sekolah.
- Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sedang menyiasat kejadian itu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Bekas pelajar gagal dalam saman cuai, fitnah
- Sinar Harian Pelajar SPM 'lalok' dalam kelas? (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fdw_580468.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
