Washington: Jutawan teknologi, Elon Musk bergurau pada Rabu mengenai kekalahan Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS), selepas membelanjakan ratusan juta dolar bagi membantu parti itu.
Parti Demokrat menguasai Kongres AS pada Selasa selepas memenangi kedua-dua kerusi Senat dan Dewan Perwakilan, dalam penolakan mengejut terhadap agenda politik Presiden Donald Trump.
"Nampaknya laser angkasa saya yang mengganggu pilihan raya tidak berjaya kali ini," kata Musk menerusi platform X, sambil menyertakan emoji mengangkat bahu.
Menurut penjejak kewangan kempen OpenSecrets, Musk menyumbang hampir AS$500 juta (kira-kira RM1.42 bilion) kepada usaha politik Republikan, menjadikannya individu yang memberikan sumbangan terbesar dalam satu kitaran pilihan raya persekutuan sejak perbelanjaan pilihan raya tanpa had dibenarkan pada 2010.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fdw_580468.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

