Alor Gajah: Kehadiran jentera parti politik dan pengunjung dari luar negeri yang berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 membawa limpahan rezeki kepada pengusaha dodol apabila jualan makanan tradisional itu meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.
Anak sulung pengusaha dodol tradisional Melaka, Nur Aliyah Zaidi, 28, berkata, kehadiran jentera parti yang berada di Melaka untuk berkempen turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pelanggan yang datang secara terus ke premis berkenaan.
Katanya, kebanyakan pengunjung dari luar Melaka mengambil peluang membeli dodol sebagai buah tangan untuk keluarga selain mendapatkan makanan tradisional itu untuk dinikmati sendiri.
"Ramai yang datang berkempen di Melaka, sama ada dari dalam atau luar negeri, mesti mencari makanan yang menjadi tarikan di sini seperti asam pedas dan dodol.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fdw_580468.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

