Romania: Gimnas Romania, Ana Maria Barbosu digantung selama dua tahun selepas melakukan tiga kesalahan kegagalan mematuhi peraturan keberadaan (whereabouts failures) di bawah peraturan antidoping, menurut Bahagian Antidoping Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS ADD), semalam.
Penggantungan terhadap atlet berusia 20 tahun itu berkuat kuasa dari 5 Mei 2026, iaitu tarikh penggantungan sementara bermula, sekali gus membolehkannya kembali beraksi pada Mei 2028, kira-kira dua bulan sebelum Sukan Olimpik Los Angeles 2028, tertakluk kepada sebarang rayuan.
Barbosu sebelum ini mempertikaikan hukuman yang dicadangkan dan memohon pendengaran di hadapan CAS ADD. Bagaimanapun, hakim memutuskan tiga kegagalan mematuhi peraturan keberadaan yang direkodkan antara September hingga Disember 2025 adalah sah.










