Nuremberg: Polis dan pegawai kastam Jerman mengesan 300 kilogram kokain dalam peti pisang di sebuah pasar borong di bandar selatan Nuremberg, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rampasan itu mempunyai nilai pasaran semasa kira-kira sekitar AS$22 juta, kata Pejabat Polis Jenayah Negeri Bavaria (LKA) di Munich pada Rabu.

LKA berkata, pengurusan pasar borong telah menghubungi polis pada Isnin berikutan cubaan pecah masuk.

Hasilnya, peti pisang yang sedang disediakan untuk penghantaran kepada peruncit makanan telah diperiksa.