JOHOR BAHRU – Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bukan sahaja memerlukan persediaan mental dan fizikal, malah wang mencecah puluhan ribu ringgit untuk perbelanjaan majlis perkahwinan.

Pasangan mempelai, Moha­mad Badrul Amin Ashuri, 30, dan Nurul Atiqah Farhanah Mohd. Zaidi, 27, memperuntukkan kira-kira RM69,000 bagi majlis akad nikah dan bersanding di Terengganu serta majlis bertandang di negeri ini.

Walaupun mempunyai jalan mudah dengan membuat pinjaman bank, Badrul Amin yang bekerja sebagai penyelia tapak binaan memilih untuk mengumpul wang perbelanjaan kahwin sejak awal sebelum dia dan pasangannya bertunang.

“Kami mengumpul wang gaji sedikit demi sedikit, malah ada persiapan yang dilakukan sendiri bagi menjimatkan kos. Sejak awal saya dan isteri bersepakat untuk tidak membuat pinjaman bank.