PARIS: Bank serantau Perancis, Credit Mutuel Arkea pada Rabu berkata bahawa pihaknya menjadi mangsa serangan siber yang membolehkan transaksi penipuan bernilai kira-kira 100 juta euro (RM455 juta) dilakukan.
Bank itu berkata dalam serangan yang berjaya dikawal tersebut, penggodam memperoleh akses kepada akaun Arkea untuk membuat pemindahan wang ke bank lain, bukannya akaun pelanggan yang tidak mengalami sebarang kerugian.
Arkea menambah, dana yang dicuri kemudian ditukarkan kepada mata wang kripto menerusi platform khusus, tetapi sebahagiannya berjaya disekat dan usaha lain sedang dilakukan untuk mendapatkan semula dana berkenaan.
Arkea berkata, pihaknya menolak kemungkinan pemindahan itu berlaku akibat kesilapan manusia dan menyifatkannya sebagai serangan canggih dari luar.









