Kuala Lumpur: Klasifikasi 'halal' daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JKIM) bukan sekadar logo pada produk, sebaliknya melambangkan prosedur penyediaan makanan yang ketat selaras dengan syarak.
Dalam usaha memastikan setiap garis panduan dipatuhi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), pemantauan berkala sering dilaksanakan malah menteri sendiri turun padang melakukan pemeriksaan mengejut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, pematuhan halal disokong oleh kawalan yang teratur dan dilaksanakan secara konsisten.
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa inilah kelebihan rumah sembelihan yang mempunyai SPHM. Pematuhannya dinilai melalui pengauditan dan dipantau sepanjang tempoh pensijilan.









