NEW YORK: Jake Paul berikrar akan bersara daripada sukan tinju sekiranya tewas kepada bekas juara kickboxing, Cedric Doumbe dalam pertarungan yang dijadual berlangsung pada malam Krismas di Dubai.
"Jika dia menang, saya akan menggantung sarung tangan dan menamatkan karier saya.
"Namun, jika dia tewas, lelaki yang menggelarkan dirinya 'The Best' akan dibelasah seorang YouTuber yang memiliki rahang titanium.
"Jadi, Cedric Doumbe, saya, Jake Paul akan menumbangkan anda, memalukan anda dan menewaskan anda pada malam Krismas.








