Kuala Terengganu: Kedudukan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) masih selamat apabila pihak pengurusan belum bercadang mengambil tindakan drastik meskipun skuad gergasi Pantai Timur itu terus bergelut dalam saingan Liga Super.
Presiden TFC, Hishamuddin Abdul Karim berkata, menyingkirkan atau merehatkan jurulatih bukan jalan penyelesaian segera bagi mengatasi kemerosotan prestasi pasukan.
Sebaliknya, Nafuzi masih diberi kepercayaan untuk memperbaiki keadaan, namun peluang itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh barisan kejurulatihan.
Beliau menegaskan, tindakan segera perlu dilakukan bagi memastikan TFC kembali menemui rentak selepas permulaan musim yang mengecewakan.









