Pengarah Urusan Amalan Setar (M) Sdn Bhd R Rajendran (kiri) menyampaikan cek bernilai RM7.2 juta kepada pengasas bersama MySkills Foundation S Pasupathi (dua dari kiri).KUALA LUMPUR: Bagi ahli perniagaan dan dermawan R Rajendran, usaha membantu belia kurang bernasib baik bukan sekadar menyediakan bantuan kewangan, sebaliknya memberi peluang kepada mereka yang tercicir daripada sistem pendidikan untuk membina semula kehidupan.

Itu matlamat sumbangan RM7.2 juta Amalan Setar (M) Sdn Bhd, syarikat Rajendran berkhidmat sebagai pengarah urusan, kepada MySkills Foundation yang menyediakan latihan kemahiran vokasional dan program pembangunan diri untuk belia berisiko serta tercicir daripada persekolahan.