Zahid Hamidi menegaskan BN akan bertanding 21 kerusi DUN di Melaka pada 2021, dengan baki tujuh kerusi ditandingi PAS dan sekutunya.PETALING JAYA: Peluang Presiden Umno Zahid Hamidi menjadi perdana menteri boleh bertambah kukuh sekiranya PAS terus memainkan peranan sebagai rakan sokongan dalam kerjasama lebih luas dengan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU16, kata seorang penganalisis.
Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata Umno pasti mahu menerajui kerajaan seterusnya dan tidak mungkin mengetepikan hasrat itu semata-mata kerana PAS mengemukakan calon perdana menterinya sendiri.
“Pada akhirnya, ia bergantung kepada parti mana yang lebih dominan,” katanya kepada FMT.







