PETALING JAYA – Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang melakar sejarah apabila menjadi hospital Tahap 2 pertama di Semenanjung Malaysia menawarkan perkhidmatan koronari angiogram dan angioplasty bagi pesakit jantung dewasa.
HSJ dalam kenyataan berkata, perkhidmatan baharu yang mula beroperasi semalam itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk di Seberang Perai apabila mereka tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada Hospital Pulau Pinang untuk prosedur diagnostik dan rawatan intervensi jantung.
“Sebagai langkah permulaan, seramai lapan pesakit jantung telah menerima rawatan, dan empat pesakit mendapat rawatan angioplasty.
“Perkhidmatan ini dijangka terus berkembang dengan pelaksanaan prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker) serta rawatan elektrofisiologi (electrophysiology) bagi pesakit yang mengalami gangguan rentak ja









