London: Jake Paul mencabar Anthony Joshua bertarung sekali lagi dengan mendakwa kecederaan patah rahang dialaminya ketika pertarungan pertama mereka tidaklah menyakitkan seperti disangka.
YouTuber yang beralih menjadi petinju itu mengambil risiko besar apabila mencabar juara dunia heavyweight dua kali dari Britain itu pada Disember tahun lalu.
Selepas bertahan selama enam pusingan, Joshua, 37, akhirnya menamatkan tentangan Paul, 29, menerusi tumbukan tangan kanan yang cukup padu memaksa Paul terpaksa menjalani dua pembedahan berasingan, sekali gus mengancam karier tinjunya.
Bagaimanapun, petinju jutawan itu kini sudah mendapat kebenaran perubatan untuk kembali bertarung dan mendedahkan senarai 15 calon lawan yang mahu dihadapinya.









