PASIR MAS – Seorang wanita dan anak perempuannya dicekup selepas dipercayai menyimpan sebanyak 197 batang kayu gaharu dan 310.8 kilogram (kg) kepingan kayu tersebut yang dianggarkan bernilai lebih RM3.47 juta tanpa lesen di kawasan rumah mereka di Kampung Baharu Cherang Hangus, Chiha Tinggi di sini semalam.
Wanita warga Thailand yang berusia 54 tahun dan anaknya berumur 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan serbuan di rumah tersebut.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan lanjut pada bahagian dalam, luar rumah termasuk stor dan kilang lama bersebelahan kediaman tersebut membawa kepada penemuan pelbagai saiz serta kepingan kayu kayu gaharu.










