Hyderabad, India: Seorang konduktor wanita berusia 24 tahun dari Perbadanan Pengangkutan Jalan Negeri Telangana (TGSRTC), India yang cedera parah selepas didakwa ditolak keluar dari sebuah bas sedang bergerak ketika pertengkaran mengenai tambang tiket dan wang baki, meninggal dunia di sebuah hospital di Hyderabad.
Menurut laporan IANS, wanita yang dikenali sebagai Gundla Pravalika itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 3 November, selepas menerima rawatan selama 10 hari.
Pravalika bertugas di depoh Manuguru, TGSRTC di daerah Bhadradri Kothagudem.
Dia mengalami kecederaan parah selepas terjatuh di bawah roda belakang sebuah bas yang sedang bergerak berhampiran kampung Mittagudem pada 25 Oktober.










