Melaka: Calon Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Dr Muhammad Solehin Saleh, mengakui populariti adiknya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, banyak membantunya sepanjang tempoh kempen.

Dr Muhammad Solehin berkata, sepanjang tempoh kempen yang kini hampir memasuki minggu pertama, pengundi di DUN berkenaan sering menegurnya dengan gelaran 'abang Dr Muhammad Akmal'.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat menafikan pengaruh besar yang dimiliki Dr Muhammad Akmal, yang juga Ketua Pemuda UMNO, dan percaya ia mampu memberikan kelebihan kepadanya dalam persaingan di kerusi berkenaan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Dr Muhammad Akmal kerana populariti beliau banyak membantu saya. Saya tidak boleh menafikan dan mengelak bahawa saya adalah abang kepada beliau.