MASJID TANAH - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengalu-alukan penyertaan calon muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun berpandangan pengalaman penting bagi memastikan kecekapan dalam mengurus masyarakat.Menurut calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara itu, golongan muda perlu mempunyai pengalaman yang baik supaya mampu memahami keperluan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur, termasuk warga emas."Di pentas demokrasi Melaka ini, kita mengalu-alukan siapa juga calon, sama ada muda ataupun tua."Bagaimanapun, dalam urusan menguruskan masyarakat, pengalaman juga menjadi panduan untuk mengukur kecekapan kita," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputBeliau berkata demikian selepas selesai proses penamaan calon bagi DUN Tanjung Bidara di Dewan Datuk Kapt (B) Haji Ab Karim, JAPERUN Tanjung Bidara, pada Sabtu.DUN Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Ab Rauf, 65, selaku penyandang dengan calon Pakatan Harapan (PH), Yunazri Mustamiri, 36.Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, gabungan pengalaman dan kecekapan mengurus masyarakat penting bagi memastikan pentadbiran yang baik."Saya mengalu-alukan orang muda supaya mereka dapat menimba pengalaman yang lebih baik. Tidak salah orang muda bertanding, tetapi jangan salah pilih."Bukan orang muda tidak boleh, tetapi mereka mesti mempunyai pengalaman yang baik supaya dapat mengurus masyarakat daripada pelbagai lapisan umur, daripada golongan muda sehinggalah warga emas," katanya.Dalam perkembangan sama, Ab Rauf yang memperoleh nombor dua pada kertas undi turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas kelancaran proses penamaan calon.Beliau menyifatkan urusan pendaftaran pencalonan berjalan dengan teratur, malah proses berkenaan selesai mengikut masa ditetapkan.Pada PRN Melaka 2021, kerusi DUN Tanjung Bidara dimenangi Ab Rauf dengan majoriti 364 undi dalam persaingan tiga penjuru.Beliau memperoleh 3,559 undi, menewaskan calon PN-Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mendapat 3,195 undi, manakala calon PH-PKR, Zainal Hassan memperoleh 489 undi.
PRN Melaka: Tidak salah orang muda bertanding, tapi jangan salah pilih - Ab Rauf

Key takeaways
Ab Rauf menyambut calon muda dalam PRN Melaka tetapi menekankan kepentingan pengalaman untuk kecekapan mengurus masyarakat.
- Ab Rauf menyambut penyertaan calon muda dalam PRN Melaka.
- Pengalaman penting untuk memahami keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
- Beliau menekankan kecekapan dalam menguruskan urusan masyarakat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Skandal khalwat Nik Nazmi tidak jejas kempen Bersama
- Utusan Malaysia PRN Melaka: PKR tidak lihat penyertaan Bersama sebagai ancaman
- Sinar Harian PRN Melaka: Tidak salah orang muda bertanding, tapi jangan salah pilih - Ab Rauf (this story)








