KUALA LUMPUR – Pelakon Zarif Ghazzi berlapang dada jika terus diingati atau dikenali dengan nama wataknya, Abbas untuk tempoh masa yang lama berbanding nama sebenarnya.

Bagi pemilik nama penuh Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, itu, situasi tersebut bukan satu perkara yang perlu ditakuti sebaliknya bukti lakonannya dalam siri Kudrat 1968: High Council berjaya meninggalkan impak besar kepada penonton.

“Sejujurnya saya terkejut dengan impak dan sokongan diberikan (peminat). Saya rasa lepas ini memang orang akan panggil saya Abbas (nama watak) walaupun 10 tahun akan datang.

“Bagi saya itu adalah satu pencapaian kerana orang bukan ingat nama tetapi watak itu sendiri. Maksudnya lakonan saya itu sampai pada penonton.