PETALING JAYA – Fenomena objek bercahaya dengan ekor berapi yang melintasi ruang udara negara mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk selepas kelihatan di beberapa lokasi termasuk Langkawi, Pahang dan Johor malam tadi.

Kejadian itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman menyaksikan objek berkenaan bergerak pantas di langit sebelum menghilang daripada pandangan.

Seorang pengguna Threads @juliaoei berkata, fenomena itu berlaku kira-kira pukul 9.40 malam di Kuah, Langkawi.

Seorang lagi pengguna @Kimikimo_95 turut berkongsi kejadian sama yang disaksikannya dari