KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli masih belum berputus asa untuk memburu podium pada baki tiga pusingan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.
Ia selepas pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu terlepas peluang menaiki podium pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas bermula di petak ketiga.
Dia percaya peluang untuk kembali menaiki podium atau mengulangi kejayaan meraih kemenangan masih terbuka dalam tiga perlumbaan terakhir sebelum saingan musim ini melabuhkan tirainya.
"Masih ada tiga perlumbaan berbaki musim ini. Saya percaya tidak mustahil untuk menaiki podium atau meraih kemenangan sekali lagi.










