BRUSSELS – Sekurang-kurangnya 11 negara di Eropah dilaporkan terjejas susulan gelombang serangan siber yang menyasarkan sistem penyejukan dan peti sejuk beku di pasar raya utama sejak beberapa hari lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan rantaian bekalan makanan di rantau berkenaan.
Jerman, Romania dan United Kingdom (UK) menjadi negara terbaharu yang mengesahkan gangguan tersebut, menyertai senarai mangsa terdahulu termasuk Itali, Belanda, Belgium dan Sweden.
Susulan insiden itu, kerajaan Itali mengadakan mesyuarat tergempar bersama ketua-ketua perisikan dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan bagi menilai ancaman berkenaan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F09%2Ff11e7960629ab97caf894a805e8faba4.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
