ALOR SETAR - Tiga lelaki warga Pakistan dipercayai mengaut keuntungan sebanyak RM193,675 hasil kegiatan perjudian dalam talian yang dikendalikan menerusi sebuah pusat operasi atau 'calling centre' di sebuah premis rumah kedai di Sungai Petani.Ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 23 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu pada jam 12.25 tengah malam, Isnin lalu.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil risikan mendapati sindiket berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak tiga bulan lalu.Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiga suspek berada di sebuah bilik di tingkat tiga premis berkenaan yang dilengkapi peralatan komputer dan telefon bimbit dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti tersebut."Pemeriksaan awal oleh pegawai pakar judi mendapati terdapat paparan berkaitan promosi serta aktiviti perjudian dalam talian pada peralatan yang diperiksa."Hasil pemeriksaan juga mendapati pasport ketiga-tiga suspek telah tamat tempoh," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Rabu.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kegiatan sindiket itu dipercayai menyasarkan pasaran perjudian di Nepal.Jelasnya, setiap suspek dipercayai menerima bayaran gaji sebanyak RM3,600 sebulan bagi menjalankan tugas mempromosikan dan mengendalikan aktiviti perjudian melalui platform dalam talian."Pemeriksaan di premis berkenaan turut menemukan unsur penggunaan bekalan elektrik menerusi sambungan tidak sah yang menjadi satu lagi kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990."Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang utama, rangkaian operasi serta individu lain yang dipercayai terbabit dalam kegiatan berkenaan," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.Ketiga-tiga suspek direman bermula Isnin lalu hingga 15 November ini bagi membantu siasatan.
Tiga warga Pakistan kendali judi dalam talian, kaut untung lebih RM190,000

Key takeaways
Tiga lelaki Pakistan ditahan di Sungai Petani kerana mengaut keuntungan RM193,675 daripada perjudian dalam talian melalui pusat operasi di premis kedai. Mereka berusia 21‑23 tahun dan telah beroperasi selama tiga bulan.
- Suspek menggunakan bilik tingkat tiga dengan komputer dan telefon bimbit untuk perjudian dalam talian.
- Pasport ketiga‑tiga suspek tamat tempoh dan mereka menerima gaji RM3,600 sebulan.
- Sindik berfokus pada pasaran perjudian di Nepal dan telah beroperasi selama tiga bulan sebelum penangkapan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 6 ditahan, sindiket judi ‘online’ sasar warga Australia tumpas
- Utusan Malaysia Sindiket judi dalam talian sasar warga Australia tumpas
- Sinar Harian Tiga warga Pakistan kendali judi dalam talian, kaut untung lebih RM190,000 (this story)









