Putrajaya: Hakim Mahkamah Rayuan menasihatkan penceramah selebriti, Da'i Syed supaya tidak menggunakan populariti untuk mengambil kesempatan ke atas individu yang berada dalam keadaan terdesak.
Hakim Datuk Azman Abdullah memberikan nasihat itu ketika membacakan keputusan majoriti 2-1 yang membebaskan Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, daripada tuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.
"Saya ada nasihat sikit untuk perayu (Syed Shah Iqmal), perbuatan mengambil kesempatan terhadap individu yang terganggu emosinya boleh mencemarkan nama baik golongan yang membawa imej agama.
"Nasihat saya ini bukan sahaja ditujukan kepada kamu, turut ditujukan kepada tenaga pengajar di institusi agama dan sekolah.









