ALOR SETAR: Tindakan licik tiga lelaki warga Pakistan mengaut keuntungan hingga AS$47,505 (RM193,675) dalam tempoh tiga bulan dengan menjadikan sebuah rumah kedai di Sungai Petani sebagai pusat perjudian dalam talian berakhir selepas ditahan Isnin lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda bersama Pegawai Pakar Judi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan pasukan SEAL Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerbu premis itu, 12.25 tengah malam.
Katanya, polis menahan mereka yang berusia antara 21 hingga 23 tahun dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian menggunakan konsep pusat panggilan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fparliament1_254162.png&w=480&output=webp&q=85&we)