PRN Melaka: Calon BN Sungai Udang guna pendekatan kempen 2 dalam 1 dekati pengundi
MELAKA: Masalah rumah diserang anai-anai antara isu yang turut diberi perhatian calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin dalam kempen secara dalam talian.
Rais berkata, gabungan aktiviti ziarah kasih dan tinjauan mesra dengan sesi penstriman langsung di media sosial menerusi pendekatan '2 dalam 1' itu membolehkannya mendekati lebih ramai pengundi, selain memberi ruang kepada penduduk mengemukakan persoalan secara langsung.
Beliau berkata, tempoh kempen selama 14 hari perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menggunakan pelbagai saluran untuk mendekati pengundi, termasuk platform digital.








